Ahli Smart Ranger akan mencetak bahan yang berkaitan dengan kitar semula dari internet dan mengedar disetiap kelas. Disarankan juga kepada ketua tingkatan untuk menampal di papan kenyataan kelas masing- masing. Risalah akan bertukar setiap hari Isnin.
2) Memurnikan papan kenyataan
Mempromosikan kesedaran kitar semula di papan kenyataan dengan menampal aktiviti Smart Rangers, berita terkini tentang alam sekitar, masalah global, berita kitar semula dan sebagainya.
3) Mengadakan pertandingan mengumpul bahan terbuang
Ahli Smart Ranger dibahagikan kepada dua kumpulan (Tingkatan 2 dan Tingkatan 4) untuk mengurus dan menimbang bahan terbuang yang dibawa setiap hari Khamis pukul 2.15 petang. Pertandingan dibuka kepada 2 kategori iaitu, Menengah Atas (Johan, Naib Johan, Pemenang Ketiga), Menengah Bawah (Johan, Naib Johan, Pemenang Ketiga).
4) Menghasilkan Jus Sampah
Setiap ahli Smart Ranger memiliki sebotol jus sampah dengan pilihan buah masing- masing. Begitu juga dengan murid yang berminat, boleh membawa botol 5 liter serta kulit buah yang mereka peroleh. Tarikh akan ditulis pada setiap botol yang diletakkan di Bilik Masak (Bengkel Kemahiran Hidup). Guru Kemahiran Hidup akan membantu membuka botol dan mengeluarkan gas dari botol setiap minggu.
5) Membuat ceramah
Membuat ceramah secara berperingkat dimulakan dengan ahli Smart Rangers dan murid Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen. Ceramah adalah berkaitan dengan “Effective Microorganisms
6) Pertandingan Fotografi
Terbuka kepada semua pelajar dan sesiapa yang bukan dari warga sekolah. Maklumat akan disebarkan dengan mengedarkan risalah kepada ibu bapa serta rakan- rakan murid- murid. Diadakan pada bulan Ogos dan diadili oleh Guru Penasihat Kelab Seni dan Guru Penasihat Persatuan Bahasa
7) Membuat kraftangan dari barangan terbuang
Mendapat sokongan padu dari Kelab Seni yang bercadang membuat mural dari bahan terbuang. Bahan yang dikumpulkan akan ditampal mengikut tema yang dirancang. Sehubungan itu pertandingan membuat kraftangan juga akan diadalkan untuk memeriahkan lagi aktiviti ini.
8) Aktiviti Kompos
Sisa pepejal dari kantin akan dibuat kompos. Cara yang digunakan ialah menggunakan tong sampah serta ‘EM’.
0 comments:
Post a Comment