Wednesday, July 29, 2009

Pelan tindakan

Berikut adalah pelan tindakan SMK Bandar Sri Damansara 1
1) Mengedarkan risalah berkaitan kitar semula

Ahli Smart Ranger akan mencetak bahan yang berkaitan dengan kitar semula dari internet dan mengedar disetiap kelas. Disarankan juga kepada ketua tingkatan untuk menampal di papan kenyataan kelas masing- masing. Risalah akan bertukar setiap hari Isnin.

2) Memurnikan papan kenyataan

Mempromosikan kesedaran kitar semula di papan kenyataan dengan menampal aktiviti Smart Rangers, berita terkini tentang alam sekitar, masalah global, berita kitar semula dan sebagainya.

3) Mengadakan pertandingan mengumpul bahan terbuang

Ahli Smart Ranger dibahagikan kepada dua kumpulan (Tingkatan 2 dan Tingkatan 4) untuk mengurus dan menimbang bahan terbuang yang dibawa setiap hari Khamis pukul 2.15 petang. Pertandingan dibuka kepada 2 kategori iaitu, Menengah Atas (Johan, Naib Johan, Pemenang Ketiga), Menengah Bawah (Johan, Naib Johan, Pemenang Ketiga).

4) Menghasilkan Jus Sampah

Setiap ahli Smart Ranger memiliki sebotol jus sampah dengan pilihan buah masing- masing. Begitu juga dengan murid yang berminat, boleh membawa botol 5 liter serta kulit buah yang mereka peroleh. Tarikh akan ditulis pada setiap botol yang diletakkan di Bilik Masak (Bengkel Kemahiran Hidup). Guru Kemahiran Hidup akan membantu membuka botol dan mengeluarkan gas dari botol setiap minggu.

5) Membuat ceramah

Membuat ceramah secara berperingkat dimulakan dengan ahli Smart Rangers dan murid Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen. Ceramah adalah berkaitan dengan “Effective Microorganisms

6) Pertandingan Fotografi

Terbuka kepada semua pelajar dan sesiapa yang bukan dari warga sekolah. Maklumat akan disebarkan dengan mengedarkan risalah kepada ibu bapa serta rakan- rakan murid- murid. Diadakan pada bulan Ogos dan diadili oleh Guru Penasihat Kelab Seni dan Guru Penasihat Persatuan Bahasa Malaysia.

7) Membuat kraftangan dari barangan terbuang

Mendapat sokongan padu dari Kelab Seni yang bercadang membuat mural dari bahan terbuang. Bahan yang dikumpulkan akan ditampal mengikut tema yang dirancang. Sehubungan itu pertandingan membuat kraftangan juga akan diadalkan untuk memeriahkan lagi aktiviti ini.

8) Aktiviti Kompos

Sisa pepejal dari kantin akan dibuat kompos. Cara yang digunakan ialah menggunakan tong sampah serta ‘EM’.

Thursday, July 23, 2009

Weekly Activities

Separating and organizing paper wastes to be recycled:
Weighing recyclable wastes:Working on our decomposing site:

Thursday, July 2, 2009

aktiviti harian


MENGITAR SEMUALA DI DALAM KELAS




Mulai sekarang setiap kelas dikehendaki menyediakan satu ruang di dalam kelas untuk mengitar semula. Barang yang perlu dikitar semula ialah kertas kertas yang terbuang atau surat khabar. Setiap pelajar dikehendaki mengitar semula sekurang-kurangnya satu surat khabar sehari. Pada setiap hari Jumaat beberapa ahli smart renjer akan mengutip kertas-kertas atau surat khabar yang anda hendak kitar semula